Tuesday, 7 June 2016

BENGKEL VERIFIKASI BANTUAN YURAN PRASEKOLAH SWASTA ZON SELATAN 2016

Pada 30 Mei - 01 Jun 2016 Bertempat di Hotel Sentral, Johor Bahru, telah diadakan Bengkel Verifikasi Bantuan Yuran Prasekolah Swasta Zon Selatan 2016. Bengkel ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari 3 buah negeri yang terlibat, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Wednesday, 20 April 2016

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL STANDARD KUALITI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (SKIPS) BAGI SEKOLAH SWASTA TAHUN 2015 DAN TAKLIMAT JAMINAN KUALITI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (IPS)


ATURCARA
MAJLIS PENYERAHAN SIJIL SKIPS SEKOLAH SWASTA 2015
& TAKLIMAT JAMINAN KUALITI IPS 2016
5 MEI 2016
BILIK MESYUARAT UTAMA, JPN JOHOR


8.00 – 9.00
pagi
SESI PENDAFTARAN
Sekolah Swasta dan Pusat Bahasa

9.00 – 11.00
pagi
TAKLIMAT JAMINAN KUALITI
En Ahmad Faidzul bin Mat Yazid
Ketua Unit Pendidikan Swasta



PENYERAHAN SIJIL SKIPS SEKOLAH SWASTA 2015
Tn Hj Aminudin bin Adam
Pengarah Pendidikan Negeri Johor

12.00 – 1.00
tengah hari
SESI SOAL JAWAB
Pn Kara Syafinaz bt Basirrudin
Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta

1.00
tengah hari
MAJLIS BERSURAI

Monday, 11 January 2016

Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) anjuran Persatuan Tadika Berdaftar Negeri Johor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor

BUTIRAN KURSUS
Tarikh     : 30 Januari 2016
Masa       : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat    : Dewan Kuliah Utama, Fakulti Kejuruteraan Perubatan dan Biosains (FBME),
                Universisi Teknologi Malaysia
Yuran      : Ahli - RM90
                  Bukan Ahli RM120
                  (CD KSPK, Bahan Kursus, Makan dan Sijil)
Tarikh Tutup : 25 Januari 2016

PENDAFTARAN KURSUS
1. Bank in Akaun PERSATUAN PENGUSAHA TADIKA BERDAFTAR NEGERI JOHOR
    MAYBANK : 551258505686
2. SMS (No. Rujukan, Nama, No KP, Nama Tadika) ke No Tel 010-2740765

Sunday, 3 January 2016

Pemeriksaan Awal Tahun Institusi Pendidikan Swasta 2016

Pemeriksaan akan diadakan antara 10 - 14 Januari 2016. Berikut adalah instrumen pemeriksaan dan jadual pemeriksaan.

1. Instrumen Pemeriksaan Awal Tahun Sekolah Swasta
2. Instrumen Pemeriksaan Awal Tahun Tadika Swasta
3. Jadual Pemeriksaan Awal Tahun Sekolah Swasta
4. Jadual Pemeriksaan Awal Tahun Tadika Swasta

Thursday, 14 May 2015

Permohonan Bantuan Geran Prasekolah Swasta Johor 2015

Permohonan Bantuan Geran Permulaan Prasekolah Swasta Johor Tahun 2015

Tuan/Puan

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BAHAN PERMOHONAN BANTUAN GERAN PRASEKOLAH SWASTA

*** Baca Kriteria Layak Terima Geran ***

Sekiranya tidak layak, tidak perlu memohon.

Sekiranya layak,

1. Cetak Senarai Semak Mohon Geran Tadika dan gunakannya sebagai panduan,
   isi maklumat berkaitan
2. Isi Borang G1 (Print guna kertas warna biru muda(light blue))
3. Hantar permohonan ke Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas,
   Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Sertakan dokumen sokongan
   mengikut senarai semak.
4. Susun dokumen dengan kemas, ikut urutan senarai semak.
5. Tarikh akhir hantar permohonan adalah pada 30 JUN 2015, namun tertakluk
   kepada peruntukan yang diterima, Tadika yang hantar awal dan memenuhi
   syarat kelayakan akan diutamakan.

Selepas JPN terima permohonan, Pegawai Unit Swasta PPD/JPN akan
datang memeriksa Tadika Tuan/Puan.

Bersama ini dilampirkan
1. Borang G1
2. Senarai Semak Dokumen
3. Kriteria layak terima geran
4. Contoh surat akuan beza yuran
5. Contoh surat akuan beza nama pengerusi dan nombor akaun.

Abdul Aziz bin Abdul Rahman
Unit Pendidikan Swasta
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
07-2310083

Thursday, 26 March 2015

Borang-borang Permohonan Permit Mengajar/Pengelola/Pekerja IPS/Tadika

PANDUAN / DOKUMEN PERMOHONAN PERMIT MENGAJAR GURU TADIKA

Ø  GAMBAR BERUKURAN PASSPORT (2 KEPING)

Ø  BORANG PERMOHONAN (2 KEPING) - Muat Turun Borang Permit Mengajar Tadika

Ø  SALINAN KAD PENGENALAN

Ø  SALINAN SIJIL SPM (WAJIB LULUS BAHASA MALAYSIA) / SETARAF   (2 KEPING)

Ø  SALINAN MEDICAL CHECK UP (LUARAN SAHAJA)
-    BERDAFTAR DENGAN (MMC) MALAYSIAN
     MEDICAL COUNCIL  (2 KEPING)

Ø  BAYARAN RM 7.00 (TADIKA)



PANDUAN / DOKUMEN PERMOHONAN PENGELOLA/PEKERJA TADIKA

Ø  SALINAN KAD PENGENALAN (2 KEPING)
Ø  BORANG PERMOHONAN (2 KEPING) - Muat Turun Borang C : Permit Pengelola @ Pekerja Tadika

Ø  BAYARAN RM 7.00 (TADIKA)


PERMOHONAN PERMIT MENGAJAR GURU IPS/SEKOLAH

Ø  GAMBAR BERUKURAN PASSPORT (2 KEPING)

Ø  BORANG PERMOHONAN (2 KEPING) - Muat Turun Borang Permit Mengajar IPS

Ø  SALINAN KAD PENGENALAN

Ø  SALINAN SIJIL SPM (WAJIB LULUS BAHASA MALAYSIA) / SETARAF   (2 KEPING)

Ø  SALINAN MEDICAL CHECK UP (LUARAN SAHAJA)
-    BERDAFTAR DENGAN (MMC) MALAYSIAN
     MEDICAL COUNCIL  (2 KEPING)

Ø  BAYARAN RM 6.00 (IPS/SEKOLAH)



PERMOHONAN PENGELOLA/PEKERJA IPS

Ø  SALINAN KAD PENGENALAN (2 KEPING)
Ø  BORANG PERMOHONAN (2 KEPING) - Muat Turun Borang B : Permit Pengelola @ Pekerja IPS

Ø  TIADA CAS BAYARAN

Tuesday, 20 January 2015

Soalan Lazim

FAQ / Soalan Lazim
1. Apakah yang dikategorikan sebagai Institusi Pendidikan Swasta ?
Institusi Pendidikan Swasta seperti sekolah swasta, sekolah antarabangsa, tadika, pusat-pusat kemahiran termasuk pusat bahasa, pusat tuisyen, pusat latihan komputer, pusat kemahiran teknikal dan pusat perdagangan adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia.Operasi institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Walau bagaimanapun proses penubuhan dan pendaftaran, pengurusan dan operasi sesebuah IPS adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996.
2. Apakah jenis Institusi Pendidikan Swasta yang perlu berdaftar dengan KPM ?
Jenis-jenis institusi pendidikan swasta yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah:
• Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
• Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan penilaian yang dicadangkan
• Sekolah Rendah dan Menengah Agama swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan
• Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan Kementerian Pelajaran
• Sekolah Ekspatriat
• Sekolah Antarabangsa
• Pusat tuisyen yang menyediakan bantuan pelajaran kepada para pelajar mengikut Kurikulum Kebangsaan
• Pusat bahasa, pusat latihan komputer, pusat kemahiran/perdagangan, sekolah gaya pos dan lain-lain
3. Adakah semua Institusi Pendidikan Swasta itu mesti berdaftar?
Di bawah seksyen 79 (1) Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah didaftarkan
4. Bagaimanakah cara hendak memohon pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta (IPS)?
Seseorang itu hendaklah mengisi borang Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta Bukan Bertaraf Sekolah 

5. Bagaimanakah cara memilih tempat untuk menubuhkan IPS?
Untuk menubuhkan tadika, seseorang itu dimestikan memilih tempat kediaman namun sekiranya ada keperluan, maka boleh memilih tempat komersial. Manakala untuk pusat tuisyen, pusat komputer, pusat muzik, pusat bahasa, seseorang itu mesti memilih tempat komersial.
 6. Apakah syarat lain yang diperlukan untuk memilih tempat IPS?
IPS tersebut perlu mempunyai 2 pintu berasingan. Ini adalah untuk memastikan ianya selamat digunakan. (Tertakluk juga kepada kelulusan 3 agensi)
 
7. Apakah kelayakan seseorang untuk menjadi guru besar / pengetua di tadika / IPS?
Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia, LULUS subjek Bahasa Melayu dan mempunyai minima 3 tahun pengalaman mengajar di bidang pendidikan.
 
8. Berapakah modal berbayar yang diwajibkan untuk menubuhkan sesebuah IPS?
RM10,000. (Tadika dan Pusat Tuisyen), RM 30,000 (Pusat Perkembangan Minda)
Ini adalah kerana sementara menunggu kelulusan daripada Jabatan Tanah dan Ukur, Bomba dan Majlis Tempatan, IPS tersebut belum boleh Beroperasi. Jangkaan biasa masa kelulusan adalah 6 hingga 10 bulan.
10. Bilakah seseorang pengusaha IPS itu boleh menerima Sijil Perakuan Pendaftaran?
Mengikut seksyen 81(1) Sijil Sementara boleh dikeluarkan setelah penolong pendaftar selesai memeriksa premis yang akan dijadikan IPS dan berpuas hati bahawa ianya selamat digunakan dan tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar
11. Apakah tindakan pengusaha IPS sekiranya Perakuan Pendaftarannya tamat?
Sebulan sebelum Perakuan Pendaftaran itu tamat, pengusaha IPS perlu mengisi Borang Pembaharuan Perakuan Pendafataran dan menyertakan salinan asal Perakuan Pendaftaran IPS beliau. Bagi tadika, pengusaha tidak dikenakan bayaran tetapi bagi IPS lain, wang pos sebanyak RM50 perlu disertakan Alamatkan ia kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Johor
11. Perlukah seseorang pengusaha itu melaporkan perpindahan premis dan apakah jenis borang yang perlu diisi?
Mengikut seksyen 83(1), Tiada suatu institusi pendidikan pun boleh menukar alamat premisnya atau membuat apa-apa perubahan pada premis itu tanpa mendapatkan kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu. Sekiranya telah berpindah, maka dengan sendirinya Sijil pendaftaran lama terbatal atau tidak laku digunakan untuk premis baru. Pengusaha perlu mengisi Borang Pidnah Premis.

12. Bolehkah sesuatu IPS itu bertukar milik?
Boleh, dengan syarat ada perjanjian melalui peguam telah dibuat, berserta perjanjian jual beli, Pengusaha baru juga perlu mengisi Borang Tukar Pengurusan. Perakuan Pendaftaran asal perlu dikembalikan kepada JPN.
13. Sekiranya baru memohon penubuhan IPS, bolehkah seseorang itu mempromosikan institusi pendidikan beliau?
Mengikut seksyen 86(1) tiada seorang pun boleh mempromosi sesuatu institusi Pendidikan, sama ada melalui iklan, prospectus, risalah dan selainnya, melainkan jika IPS itu telah didaftarkan atau perakuan pendaftaran sementara telah dikeluarkan di bawah seksyen 81(1)